Welcome to the Blog. Enjoy it!

Falling in love deeply with Chemistry.

Chemistry Periodic Table

Beware with Chemistry!

Start the exploring...

Thursday 11 April 2013

Falsafah Pendidikan ...





Guru mempunyai banyak peranan terutama kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakat sejawat dan profesion keguruan.Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Guru bertanggungjawab untuk mendidik murid -murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berahklak mulia. Di sekolah, guru mempunyai tugas-tugas tertentu mengikut jawatan masing-masing. Sebagai pensyarah Kolej Matrikulasi Perak, saya berhadapan dengan anak-anak dalam lingkungan remaja. Oleh itu, pendedahan yang diberikan tidak sama seperti di sekolah. 

Bagi saya apabila menjadi pendidik, saya akan mendidik dan melayan pelajar saya sama rata. Tidak kira berbeza latar belakang atau apa pun. Seboleh-bolehnya saya ingin mereka menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka bukan sekadar GURU semata-mata.

Hubungan yang erat di antara pelajar dan guru memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya rasa gembira jika terdapatnya komunikasi dua hala dalam kelas saya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Oleh itu, seboleh-bolehnya saya akan mewujudkan suasana ini. 


Sebagai seoarang guru, kita perlu mengenali setiap pelajar kita dan kebolehan mereka. Jangan hanya berharap pelajar sahaja yang perlu mengenali guru mereka. Perlu sentiasa terapkan di dalam diri bahawa jadilah seperti lilin yang membakar diri demi menerangi insan lain.

Tentang Saya dan Kerjaya



Nur Sofia Binti Jafar adalah nama penuh saya. Saya bertugas di Kolej Matrikulasi Perak bermula dari tarikh 31 Disember 2009 sehingga sekarang. Terdapat beberapa perbezaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Matrikulasi dan sekolah. Saya dapat membezakannya dari pengalaman saya membuat latihan praktikal di sekolah. Dari kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana saya di pilih untuk memimpin anak-anak bangsa kita sehingga berjaya. Ini adalah perkara yang amat gembira bagi saya iaitu menjadi seorang pendidik.
Di dalam konsep pengajaran dan pembelajaran, saya amalkan sikap ikhlas dan tidak berkira untuk mengajar mana-mana pelajar selagi mereka mempunyai kemahuan untuk belajar. Anggaplah segala ilmu yang dicurahkan sebagai sedekah kerana hidup ini mengikut karma. "Budi Baik Akan Di Balas Baik". Jangan terlalu berkira dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kerana lebih banyak kita memberi, lebih banyak pengetahuan yang akan kita perolehi pada masa hadapan.