Wednesday 8 May 2013

REFLEKSI KELAS MINGGU 8 ( 13 April 2013)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk minggu ini, kami dapat mempelajari lagi dua perisian percuma iaitu Prezi dan juga Advanced Power Point. Saya amat teruja dengan pembelajaran kali ini kerana sudah lama saya ingin mempelajari tentang Prezi. Sebelum ini, hanya mengetahui tentang perisiannya sahaja. 

1. Prezi

Perisian Prezi seakan-akan sama dengan Power Point tetapi perisian ini lebih menarik dan lebih senang digunakan. Disini ada saya menyediakan laman web untuk memudahkan anda melayari Prezi. Anda hanya perlu mendaftar menggunakan akaun emel anda. Dan boleh menggunakan perisian ini selama 30 hari.



Contoh yang saya lakukan dengan perisian Prezi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Kelebihan: Mudah untuk mengubahsuai grafik dan template yang disediakan menarik dan bersesuaian. Prezi juga memberi keseronokan ketika berkongsi idea.

Kelemahan: Bukan perisian percuma sepenuhnya. Perlu membeli perisian untuk mendapatkan versi penuh.

Cara Mengatasi: Hanya menggunakan Prezi percubaan selama 30 hari sahaja.


2. Advanced Power Point


Microsoft Power Point adalah perisian yang biasa digunakan oleh guru-guru. Tetapi kali ini, kami mempelajari lebih mendalam mengenai aplikasi yang ada di dalam Advanced Power Point. Kami mempelajari mengenai macros di dalam power point. Ia menjadikan pembelajaran lebih menarik kerana kita menggunakan drag and drops, crossword dan lain-lain lagi.

Kelebihan: Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana melibatkan proses dua hala.

Kelemahan: Masa yang lama diperlukan untuk menyediakan macros power point dan terdapat banyak masalah power point tidak menjadi.

Cara Mengatasi: Mungkin memerlukan perisian yang sebenar dan dilanjutkan masa pembelajaran





0 comments:

Post a Comment