Thursday, 9 May 2013

Perancangan Masa Hadapan

Setiap daripada kita pastinya mempunyai cita-cita dan azam yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Saya sekarang sedang menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam Sarjana Pendidikan Sains Kimia. Saya berharap dapat menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan dengan cemerlang. In Shaa ALLAH dengan berkat usaha dan izinNYA.




Tujuan saya menyambung pelajaran semestinya untuk menambah ilmu pengetahuan di dada. Dengan ini saya akan dapat berkongsi dengan pelajar-pelajar saya dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. 

Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menjadi pendidik yang terbaik dan menjadi pakar dalam bidang Kimia. Oleh itu, saya perlu mengenali diri saya dan mengetahui apa yang perlu saya lakukan untuk mencapai azam tersebut. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik tetapi kita perlu berusaha dengan kuat dan bersungguh-sungguh bagi mencapai impian yang dibina.

Sebagai seorang pendidik di Kolej Matrikulasi Perak, saya perlu meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam subjek Kimia, boleh menghuraikan konsep-konsep abstrak dengan mudah dan difahami, mempunyai penguasaaan pedagogi yang bagus dan kemahiran berteknologi tinggi. 

Dengan menyambung pelajaran, adalah satu langkah bijak bagi membantu saya untuk mencapai impian saya. Banyak ilmu yang dapat saya perolehi bukan sahaja dari segi kandungan pembelajaran Kimia, tetapi penambahan pedagogi pendidikan serta penggunaan teknologi yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Mengajar pelajar Matrikulasi memerlukan kita lebih kreatif dan pengajaran yang tidak membosankan. Saya berharap selepas ini saya dapat menghasilkan modul-modul yang berkualiti bagi digunakan oleh pelajar-pelajar saya. 


Kejayaan Pada Masa Hadapan 
Terletak 
Pada Masa Kini
Dengan 
Perancangan Yang Bijak...
-Nur Sofia Jafar-

In Shaa ALLAH.


0 comments:

Post a Comment