Welcome to the Blog. Enjoy it!

Falling in love deeply with Chemistry.

Chemistry Periodic Table

Beware with Chemistry!

Start the exploring...

Wednesday, 8 May 2013

REFLEKSI KELAS MINGGU 9 ( 20 April 2013)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


CUTI UMUM KEPUTERAAN SULTAN PERAK KE 85

Kelas telah dibatalkan bagi menghormati Hari Keputeraan Sultan Perak. Pembentangan akan disambung pada minggu hadapan iaitu pembentangan kumpulan saya mengenai Microsoft Excel. 

Tuesday, 7 May 2013

REFLEKSI KELAS MINGGU 7 ( 6 April 2013)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada minggu ini, terdapat dua perisian percuma lain yang dapat kami pelajari. Yang pertama adalah Window Movie Maker dan Microsoft OneNote. Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pembentang kerana memperkenalkan kepada saya mengenai perisian yang mudah digunakan tetapi tidak pernah digunakan oleh saya sendiri. 

Saya amat beruntung kerana berpeluang mengambil subjek SKP6024, Technology and Inovation in Teaching and Learning Chemistry kerana banyak perkara baru yang dapat saya pelajari.

1. Window Movie Maker.


Saya ada menyediakan laman web yang boleh anda gunakan untuk memuat turun perisian ini jika berminat.




Perisian Movie Maker ini digunakan untuk membentuk video persembahan yang mudah dan cantik bersesuaian dengan kehendak pengguna.

Ia amat senang digunakan kerana paparan yang aamat ringkas dan mudah difahami. Pengguna boleh menggabungkan gambar, video, muzik dan perkataan-perkatan ke dalam video yang sedang dibina.


Kelebihan: Merupakan perisian yang mesra pengguna kerana paparan yang mudah difahami. Selain itu, boleh memuat naik sebarang gambar, video atau muzik mengikut pilihan. Ia juga dapat mengubahsuai video yang telah dirakam menggunakan camstudio. Boleh dimuatnaik terus ke youtube dengan mudah.
Kelemahan: Hanya boleh disimpan dalam bentuk MWV sahaja.
Cara Mengatasi: -

2. Microsoft OneNote




Microsoft OneNote (sebelum ini dikenali sebagai Microsoft Office OneNote) adalah perisian komputer untuk mengumpul maklumat bentuk-bebas dan kerjasama berbilang pengguna. Ia mengumpulkan nota pengguna (tulisan tangan atau ditaip), lukisan, keratan skrin, dan ulasan-ulasan audio, dan boleh dikongsi dengan pengguna OneNote lain melalui Internet. OneNote boleh didapati sebagai suatu permohonan untuk Windows, iOS, Android, Telefon Windows, dan Symbian. 

Kelebihan: Boleh digunakan sebagai buku nota yang boleh menyimpan pelbagai catatan. Selain itu, catatan akan disimpan secara automatik dan tidak perlu risau ianya akan hilang. OneNote juga dapat membuat pengiraan dan menyimpan gambar dan video dengan mudah. Amat berguna kepada guru kerana guru boleh menanda secara terus di atas OneNote seperti menanda diatas kertas.

Kelemahan: Tidak semua komputer mempunyai perisian OneNote ini. Ada sesetengah perisian di internet adalah sah dalam waktu percubaan.

Cara Mengatasi: Diharap semua mempunyai perisian Microsoft Office yang terkini kerana mempunyai bersama OneNote.





REFLEKSI KELAS MINGGU 6 ( 30 Mac 2013)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada minggu ini, kami dapat mempelajari dua perisian percuma iaitu Microsoft Publisher dan juga Chemsketch. Kedua-duanya amat menarik dan sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Microsoft Publisher.


Ia adalah sebuah perisian daripada Microsoft Office yang boleh digunakan untuk membuat kad, banner, flyer, kalendar, sijil dan lain-lain lagi. Jujur saya akui bahawa saya tidak pernah menggunakan aplikasi ini walaupun ianya percuma dan sudah sedia ada di dalam.

Tetapi selepas mempelajari penggunaan perisian ini di dalam kelas kali ini, saya sangat teruja untuk menaplikasikannya di dalam kehidupan seharian kerana memudahkan kerja dan sangat menarik.
Dibawah adalah contoh untuk menghasilkan kad ucapan kepada seseorang.


Ini pula adalah contoh flyer yang disediakan menggunakan Publisher.


Kelebihan: Mudah digunakan kerana terdapat pelbagai template yang disediakan dan boleh digunakan terus. Selain itu, pengguna hanya perlu menarik dan memasukkan gambar atau kotak teks di mana sahaja untuk mengdapatkan hasil ciptaan yang cantik dan menarik.

Kelemahan: Tidak semua komputer mempunyai Microsoft Office. Tidak dapat diaplikasikan oleh sesetengah orang.


Cara Mengatasi: Semua komputer perlu mempunyai perisian Microsoft Office yang terkini.


2. Chemsketch


Chemsketch adalah perisian percuma yang boleh diperolehi dari internet. Disini saya ada menyediakan laman web yang boleh dilayari bagi mendapatkan perisian Chemsketch ini.

Chemsketch membolehkan kita melukis struktur Kimia termasuk struktur organik, organometalik, polimer dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang membolehkannya memberi nama struktur Kimia tersebut. Anda boleh melihat struktur Kimia dalam bentuk 2D and 3D secara jelas.


Melukis alat radas yang digunakan sewaktu eksperimen dijalankan.



 Melihat struktur Kimia di dalam bentuk 3D.


Kelebihan: Dapat dimuat turun secara mudah. Selain itu, mempunyai paparan yang amat mudah difahami. Dapat diaplikasikan oleh guru Kimia sekaligus menjimatkan masa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah. Membantu menghasilkan manual amali dengan senang dan menarik.

Kelemahan: Terlampau banyak yang hendak diterangkan sehingga tidak mencukupi masa. Terdapat banyak lagi aplikasi yang tidak dapat dikongsikan.

Cara Mengatasi: Perlu meneroka sendiri dan meminta bantuan rakan-rakan lain yang lebih mahir.



REFLEKSI KELAS MINGGU 5 (23 Mac 2013)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada mingu ini, kumpulan 2 telah berkongsi idea dengan kami tentang Picasa. Picasa juga adalah salah satu contoh perisian percuma yang boleh didapati dengan mudah.

Anda boleh melayari laman web yang disediakan di bawah untuk memuat turun Picasa.



Picasa adalah salah satu perisian yang direka untuk menyusun dan menyunting gambar digital daripada komputer. Selain itu, Picasa juga menyediakan templat untuk menyunting video menggunakan gambar-gambar yang ada di dalam album Picasa tersebut. Dibawah adalah contoh gambar yang telah diedit oleh saya menggunakan perisian Picasa ini.




Kelebihan: Pengguna lebih mudah memuat naik gambar-gambar ke dalam aplikasi mel elektronik apabila memasukkan nya terlebih dahulu ke dalam album Picasa. Ini kerana tanpa menggunakan album Picasa, proses memuat naik gambar-gambar ke dalam mel elektronik akan mengambil masa yang agak lama. Selain itu, dengan aplikasi terbaru iaitu penyediaan templat untuk menyunting video menggunakan Picasa menjadikan perisian ini lebih menarik. Selain itu, gambar di dalam Picasa Web Album boleh dikongsi melalui emel, Google+ dan di blog. Videonya juga boleh dimuat naik di youtube dan mudah diakses.

Kelemahan: Tidak cukup masa untuk penerangan yang lebih lanjut tentang aplikasi lain yang terdapat di dalam Picasa.

Cara mengatasi: Pengguna perlu rajn untuk mengakses sendiri perisian Picasa bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Picasa.