Welcome to the Blog. Enjoy it!

Falling in love deeply with Chemistry.

Chemistry Periodic Table

Beware with Chemistry!

Start the exploring...

Tuesday, 7 May 2013

REFLEKSI KELAS MINGGU 4 (16 Mac 2013)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Pada minggu ini, kami menyambung untuk mengemaskini blog. Kali ini, kami mempelajari bagaimana untuk menambah “drop down menu” ke dalam blog. Drop down menu digunakan sebagai mengemaskini blog supaya lebih tersususn dan teratur mengikut kategor-kategori tertentu.

Kumpulan pembentang menyediakan nota ringkas yang membolehkan kami menyediakan drop down menu tersebut. Kumpulan pembentang juga menyediakan satu laman web yang memudahkan kita untuk membina drop down menu ini. Dibawah adalah laman web yang disediakan oleh kumpulan pembentang.




Kita boleh memilih warna dan jenis drop down menu yang kita inginkan mengikut citarasa sendiri. Setelah selesai, kita perlu menekan submit design untuk mendapatkan “coding CSS’ yang akan digunakan di tampal di dalam blog kita.
 
Untuk membina drop down menu ini, kita perlu memerlukan telitian yang sangat tinggi. Ini kerana sedikit kesalahan menaip coding boleh menyebabkan drop down menu tidak menjadi. Tetapi setelah beberapa kali mengalami kegagalan, akhirnya berjaya juga menghasilkan satu drop down menu yang menarik dan mudah digunakan dengan bantuan rakan-rakan yang lain.


Kelebihan: Drop down menu memudahkan kita mencari semua kandungan yang teleh dihantar di dalam blog dan memberikan paparan yang menarik dan kemas. Pembaca juga akan lebih mudah meneroka blog yang dihasilkan.

Kelemahan: Terdapat pelbagai masalah yang timbul disebabkan oleh kesalahan meletakkan kod CSS terutama kepada blogger baru seperti saya. Mengambil masa yang terlalu lama bagi menghasilkan drop down menu kerana sangat memerlukan telitian di dalam pengekodan CSS dan HTML blog.

Cara Mengatasi: Pada pendapat saya, mungkin kita boleh membentuk kumpulan kecil dengan seorang tenaga pengajar. Dengan ini, mudah untuk diselia dan tidak membuang masa orang lain yang sudah berjaya mengikuti pembelajaran yang diajar. 



REFLEKSI KELAS MINGGU 3 ( 9 Mac 2013)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 9hb Mac 2013 adalah permulaan pembentangan dari kumpulan pertama mengenai cara menghasilkan blog. Ini adalah pengalaman pertama saya untuk menghasilkan blog sendiri.   


Ada juga rakan-rakan yang sama seperti saya iaitu baru pertama kali hendak menghasilkan blog. Ada juga yang memang sudah biasa dengan blog ini. Boleh dikatakan sebagai makanan harian mereka. Perkara penting yang perlu ada untuk menghasilkan blog menggunakan blogger adalah akaun email google.

Untuk menghasilkan blog buat pertama kali menjadi satu perkara yang amat susah bagi saya. Boleh diibaratkan seperti budak tadika yang hendak belajar mengenali ABC. Banyak soalan diajukan oleh rakan-rakan termasuk saya sendiri untuk penghasilan blog ini. Ada juga yang ketinggalan sewaktu proses pembentangan dijalankan. 

Kami tidak sempat menghabiskan perbincangan untuk kali ini. Bersambung pada minggu hadapan.

Kelebihan: Dapat mempelajari satu perkara baru yang akan membantu dalam penyampaian bahan pengajaran dan pengalaman bersama rakan-rakan.
Kelemahan: Masa yang singkat dan ramai yang masih betul-betul memahami cara untuk menghasilkan blog ini.
Cara Mengatasi: Perlu masa yang kebih lama dan bilangan kuantiti pengajar yang lebih mahir.



REFLEKSI KELAS MINGGU 2 (2 Mac 2013)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 2hb Mac 2013, kami telah mempelajari pelbagai aplikasi dan teknik yang boleh diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di sini ada dicatatkan beberapa perkara yang telah dilakukan di dalam kelas pada hari ini.

Di dalam kelas kali ini kami dapat mengenali KHAN Academy. Ia merupakan salah satu laman yang disedikan untuk pembelajaran secara online. Semua video yang disediakan boleh dimuat turun secara percuma. Kami telah diberikan tugasan kumpulan utk sediakan video maya untuk pengajaran dan pembelajaran yang memudahkan proses P&P di dalam kelas.

Disini saya ada menyediakan link untuk kehalaman utama Khan Academy tersebut.



Contoh video pembelajaran di dalam Khan Academy. 



Selain mengenali Khan Academy, kami juga diberi tugasan kumpulan untuk melakukan pengajaran oleh rakan sebaya. Iaitu melakukan pengajaran cara mengaplikasikan satu “software” percuma yang mudah digunakan  oleh semua orang. Kumpulan kami memilih untuk membentangkan cara menggunakan Microsoft Excell pada minggu ke 9. Dibawah ada disenaraikan semua “software” percuma yang akan dibentangkan.

No.
Software/Tools
Group
Week
1.
Blogspot
1
3

CamStudio

4
2.
Picasa
2
5
3.
Microsoft Publisher
4
4.
ChemSketch
3
6
5.
OneNote
7
6.
Moviemaker
5
7
7.
Powerpoint presentation
6
8.
Preezi
8
8
9.
Excel
9

Terdapat 6 tugasan yang perlu diselesaikan semasa dalam semester ini. Iaitu:
v  Tugasan 1: The Future of Learning: School in the Cloud
v  Tugasan 2: ePortfolio (Blog)
v  Tugasan 3: Online Forum
v  Tugasan 4: Online Learning Resources
v  Tugasan 5: Simulation/Modelling
v  Tugasan 6: Learning Resources

Kelebihan: Semua tugasan yang diberikan dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran secara maya.
Kelemahan: Mengambil masa yang terlalu lama untuk diperkenalkan dengan Khan Academy kerana talian internet yang tidak bagus.
Cara mengatasi: Memendekkan masa dengan memninta pelajar mengaksesnya pada masa yang berlainan, tidak hanya tertumpu sewaktu di dalan kelas.  



REFLEKSI KELAS MINGGU 1 (23 Februari 2013)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Pada minggu ini, kami telah mempelajari beberapa pelajaran baru yang boleh diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Perkara-perkara yang dipelajari adalah seperti berikut:

 1. Belajar kaedah melibatkan diri di dalam “online forum” Pensyarah menunjukkan bagaimana cara-cara untuk melibatkan diri di dalam forum kumpulan M SKP6024. Selepas itu, kami dibahagikan kepada kumpulan bebas seramai empat orang. Setiap kumpulan perlu membincangkan tajuk forum yang bersesuaian dimana berkaitan dengan ICT. Membentangkan tajuk forum kepada Cik Hajah Asmayati. Kumpulan kami memilih tajuk “Penggunaan PC tablet dapat membantu dalam proses P&P anak-anak. Apakah komen anda?” sebagai forum yang akan dibincangkan pada minggu seterusnya. “Online forum” ini akan membawa kepada 20% markah individu. Bagi saya, “onlie forum” ini boleh diaplikasikan di Kolej Matrikulasi Perak bagi memudahkan perbincangan di antara saya dan para pelajar.

 2. Cara menggunakan “google drive” Pada kelas kali ini juga kami telah diperkenalkan dengan aplikasi“google drive”. Semua pelajar perlu mempunyai akaun e-mel google sebelum boleh menggunakan aplikasi ini. Sebelum ini, saya hanya menggunakan google mel untuk menghantar dan menerima e-mel serta berkomunikasi secara maya bersama rakan-rakan. Sekarang saya sudah mengetahui beberapa aplikasi lain di dalam google drive. Kita boleh menyimpan pelbagai maklumat di dalam google drive ini. Contohnya seperti folder kerja, power point dan lain-lain lagi. Selain itu, kita juga boleh berkongsi bersama-sama rakan yang lain sebarang kerja melalui google drive ini. Saya juga telah mempelajari bagaimana cara untuk memuat turun atau memuat naik dokumen ke dalam aplikasi ini.



 3. Online survey form Pensyarah juga telah membincangkan aplikasi lain di dalam “google drive” ini iaitu menyediakan “online survey form”. Berikut adalah beberapa langkah mudah dalam menyediakan “online survey form” ini.
- Tekan butang “create” di dalam “google drive” serta pilih untuk menyediakan “form”
- Pilih “title” dan “theme” yang diperlukan bagi form tersebut.
- Boleh mula membina soalan dan cara jawapan bagi setiap soalan boleh dipilih sama ada ingin menggunkan “multiple choices”, “text”, “paragraph” dan sebagainya.
- Tekan butang “done” selepas selesai membina satu soalan. Untuk membina soalan lain, boleh tekan butang “add item”.
- Selesai membina semua soalan, tekan “send form' menandakan soalan siap dibina dan boleh memilih kenalan untuk menjawab soalan tersebut. Ini hanyalah cara mudah untuk membina “online survey form”.

Ada banyak lagi aplikasi yang boleh digunakan.

Kelebihan: Google drive akan memudahkan kita bagi mengatasi kehilangan data disebabkan oleh kerosakan computer atau “pendrive”.
Kelemahan: Jarang mengaplikasikan google drive ini.
Cara Mengatasi: Sentiasa memudahkan kerja dengan menggunakan google drive dalam kerja harian.